Penerbit Rancangan Gred B27


Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B17
(A) mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti; dan
(a)(i)mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan; atau
GRED B17 [ Gaji Permulaan : RM936.00 ] 
(ii)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
GRED B17 [ Gaji Permulaan : RM936.00 ] 
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B27
(B) mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti; dan
(a)(i)mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan; atau
GRED B27 [ Gaji Permulaan : RM1,368.00 ]
(ii)Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
GRED B27 [ Gaji Permulaan : RM1,368.00 ] 
(iii)Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
GRED B27 [ Gaji Permulaan : RMRM1,368.00 ] 
(iv)diploma dalam bidang animasi, komunikasi massa, multimedia, pengajian media, grafik komunikasi, fotografi, penyiaran atau perfileman atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
GRED B27 [ Gaji Permulaan : RM1,668.78 ] 
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B41
(C) mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti; dan
(a)(i)mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain; atau
GRED B41 [ Gaji Permulaan : RM1,926.00 ]
(ii)ijazah sarjana muda dalam bidang animasi, komunikasi massa, multimedia, pengajian media, grafik komunikasi, fotografi, penyiaran atau perfileman atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
GRED B41 [ Gaji Permulaan : RM1,926.00 ]
(iii)ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang animasi, komunikasi massa, multimedia, pengajian media, grafik komunikasi, fotografi, penyiaran atau perfileman atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
GRED B41 [ Gaji Permulaan : RM2,133.30 ] 
Ujian Khas:
Calon lantikan adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab dan mempunyai kemampuan berkomunikasi dengan jelas dan lancar, menerbit rancangan kategori berat dalam bentuk rencana, dokumentari, majalah dan hiburan. Berkebolehan menguasai Bahasa Malaysia dan berkemampuan membuat analisis perkembangan semasa tanah air dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan juga antarabangsa.

Sumber : http://www.spa.gov.my/
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post

Archive Pages Design$type=blogging$count=7